Mimpi-Mimpi Rasulullah S.A.W.
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda:
Sesunguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN
pada malam
kemarin....
·
Aku telah melihat
seorang dari umatku telahdidatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya,
maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATAN KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA.
·
Aku melihat
seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan
oleh berkat WUDUKNYA.
·
Aku melihat
seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia
diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA kepada Allah.
·
Aku melihat
bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah
melepaskannya dari seksaan itu.
·
Aku melihat umatku
ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang
dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA memberi minum hingga ia
merasa puas.
·
Aku melihat umatku
cuba untuk mendakati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul,
setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil
memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.
·
Aku melihat
seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap,
di belakangnya gelap, di bawahnya gelap
sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN
UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang
benderang.
·
Aku melihat umatku
cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas
bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar
menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.
·
Aku melihat umatku
sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala
SEDEKAHNYA lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
·
Aku melihat umatku
sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke merata tempat, maka datanglah pahala
AMAR MA'RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut
dan diserahkan kepada malaikatrahmat.
·
Aku melihat juga
umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan dipasangkan hijab,
maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnya sehingga terbuka hijab tersebut
dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.
·
Aku melihat umatku
didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala
TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan.
·
Aku melihat
seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAKNYA YANG MATI
KECIL lalu menekan timbangan hingga menjadi berat.
·
Aku melihat umatku
sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA
TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa dia jauh dari tempat itu.
·
Aku melihat umatku
terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR
KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, menyelamatkannya.
·
Aku juga melihat
umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti
bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA
DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke
pnghujungnya.
·
Aku melihat umatku
sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah
SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri
serta berjalan hingga ke hujungnya.
·
Aku melihat umatku
sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di
waktu itu muncullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH
MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan diapun memasukinya.
·
Aku melihat ramai
orang sedang meggunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril siapa mereka?
Jawab Jibril, itulah orang-orang yang suka membawa mulut kesana sini.
·
Aku juga melihat
orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa pula
mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada
orang-orang yang beriman tanpa bukti.
Semoga
menjadi pedoman untuk diamalkan dan disampaikan....


0 comments:
Post a Comment